Followers

Friday 16 March 2012

Demonstrasi syria: My first demo. Expression : unimaginable

Bismillahir rahmanir rahim.

Ini post pertama blog ni kan? jadi, apa yang nak ditulis, atau kenapa nak ditulis dalam blog ni, semuanya adalah atas dasar yang serba kesamaran. Tapi apa yang pasti, aku akan mulakan blog ini dengan suatu post yang jarang manusia lain post sebagai pembuka blog beliau. member SYRIA.

satu sebab: i'm buzy ok? straight to the point. :D

                               
Demonstrasi. First impression: Seriously nak pergi demo?
sebab tak pernah sekali pun kita dengar media gambarkan demonstrasi ini boleh gila terujakan hati atau maha gempak dan macho kan?
Dan manusia-manusia yang menyertai demonstrasi ni pula dah macam -> Dah tak ada benda nak buat ke bang?! ataupun, Apa kena dengan dia-orang ni, rileks bro!
dan kita -> lantak pi laa.

Itu first impression. aku diajak abang aku untuk join sekaki. dan aku pon join. adik kan? macam itulah hidup.

Aku tak nak cerita segala setiap satu pasal demonstrasi ni. hurm, tak nak baca pon? ok fineee!!

sesampainya aku: ini ramai manusia ni. ini aku suka ni jumpa ikhwah2(member) tercinta. Kenal tak kenal, belakang cerita. Paling aku suka tengok, brader-brader Syria dengan Palestin. Mereka.Sangat.Stylo.ok.

Bila aku tengok perhati manusia-manusia tinggi ni, yang semangat hardcore nyanyi lagu bahasa arab dia-orang non-stop sampai kena suruh berhenti banyak kali untuk ucapan, dapat rasa 'the feeling', semangat nak bebaskan manusia-manusia merangkap keluarga se-islam kita dekat Syria sana.

dan Bila dengar dia-orang laung, "Kebebasan Syria, Itu sahaja!" laju terus jantung gua, rasa tak puas hati. mana tak nya, kebebasan pon tak dapat weh! bukan setakat kebebasan suara macam kita ni. ganda kali besar.

kalau ada member study malam-malam kena tembak suka hati dengan kerajaan sendiri. kita pon sakit

sakit hati bayangkan mak kita sendiri takut duduk dengan adik kecil dekat rumah, bapak tak ada sekali.

kalau bayangkan tiba-tiba schoolmate kita main ketingting dulu dah pon pecah kepala kena peluru.

kalau anak saudara kita lari-lari kena headshot.

kalau darah bangsa kita sendiri dah macam cat jalan.

aku taknak. kau tak nak. brader syria pon lagi lah tak nak

aku pergi demo. aku nampak, aku dengar, aku rasa semangat orang-orang syria, orang-orang palestin, orang-orang kita sendiri nak 'stop!'kan kezaliman. ada suatu masalah yang simple,tapi besar takterbayangkepalaotak yang ingin diselesaikan dekat sini. kebebasan.

itu masalah maha besar.

aku renung diri aku. kita renung diri kita. masalah apa sekarang kita nak cuba selesaikan sekarang?
masalah keluarga?
masalah tak boleh tidur?
nak main DotA tak cukup 'player'?
masalah 'aku rasa cikgu anti aku'?
masalah assignment?
masalah 'duit aku tak cukup lah nak beli Magnum'?

Ok, kita bagi settle cepat itu semua cabaran hidup yang kecil-kecil, dengan pertolongan Allah, mudah.
kita kena up level cabaran kita, baru level kita pon naik.
And We have a bigger problem here. when you are ready, We need your support.
masalah dia-orang masalah kita juga.
care. baca pasal syria sekarang apa jadi. sekarang jugak!
kitakan family, se-islam. \(^_^)/